BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24.10.09

Peraturan & Beyonce



 gambar ihsan sonybmg

Bagus juga konsert Beyonce di Malaysia pada 25 Oktober dibatalkan. Bagaimanapun, agak terkilan kerana alasan yang diberikan sekadar atas permintaan penyanyi itu sendiri. Mungkinkah peraturan yang tidak konsisten atau sekadar cakap mulut saja yang menyebabkan penganjur enggan ambil risiko?



 gambar ihsan dailycomedy.com

Atau inilah sebenarnya penyebabnya, maka peraturan bertulis yang sepatutnya dikuatkuasakan ke atas semua artis (tanpa mengira artis luar atau dalam negara) terpaksa diucapkan oleh kementerian untuk mengesahkan penguatkuasaan terutama kepada artis luar.


Bagaimana pula dengan pakaian persembahan Deja dibawah? Adakah tatacara berpakaian hanya dikuatkuasakan apabila tempat persembahan adalah di lokasi terbuka dan bukannya di khalayak tertutup?



pic from pickholes
Syukur Alhamdulillah Deja telah belajar sesuatu daripada isu hangat yang ditimbulkan oleh gambar ini.

Bagi saya, peraturan tetap peraturan, tidak membezakan sesiapa cuma pelaksana atau penguatkuasa sahaja yang membezakan keberkesanan sesuatu peraturan. Pelaksana pula bukan sekadar kakitangan di jabatan/kementerian berkaitan tetapi termasuk menteri yang bertanggungjawab.

18.10.09

GOT BOOBIES?






Barusan kelmarin saya bercerita tentang pencegahan barah payudara. Hari ini Alicewonders.com telah melancarkan kempen yang sama. Mereka juga turut menyumbang RM10-RM15 kepada MAKNA bagi setiap jualan dibawah kategori produk Riben Merah Jambu. Cubalah ke sana, sambil mendapatkan produk yang anda minati, sambil membantu mereka yang memerlukan.

Kalau bukan kita yang sokong..siapa lagi?


17.10.09

Pembunuh Wanita




Bulan Oktober merupakan Bulan Kanser Payudara Sedunia. Pada bulan inilah aktiviti pencegahan kanser payudara dipergiatkan agar semua yang berkemungkinan berisiko barah membuat pemeriksaan yang sewajarnya supaya tidak terlambat.

Pengesanan kanser payudara boleh dibuat di mana-mana hospital kerajaan dan swasta menerusi kaedah mammogram (menggunakan sinar X beradiasi rendah dan cukup selamat) tetapi boleh juga dibuat sendiri dengan kaedah seperti berikut:

http://familydoctor.org/online/famdocen/home/women/reproductive/breast/018.html

Kerajaan Malaysia juga memberikan subsidi mammogram di pusat-pusat kesihatan yang diiktiraf oleh LPPKN ia itu caj minima RM60 sahaja sekali pemeriksaan.

Sementara itu, bolehlah cuba-cuba buat pengesanan perubahan-perubahan berikut:-

1. Sebarang benjolan baru samada yang sakit atau tidak.
2. Penebalan luarbiasa kepada payudara.
3. Cecair lekit atau berdarah daripada puting.
4. Perubahan warna puting dan sekitar payudara seperti sembab.
5. Pembesaran luarbiasa kepada salah satu payudara.

Sayangi diri anda dengan menjaga kesihatan anda. Buatlah pemeriksaan awal untuk memudahkan pencegahan dan mengurangkan kos rawatan kesihatan.













15.10.09

Ungkapan Hikmat



Hidup tidak diukur dengan berapa kali nafas dihelah tetapi oleh saat menghelah nafas.


Berapa lama kita hidup tidaklah sepenting apa yang kita buat selama itu.


Tahu saja tidak cukup, 
mesti boleh buat
Mahu saja tidak cukup, 
mesti dilakukan.

14.10.09

Pesanan Di Hari Lahir


12.10.09

Santapan Rohani - Kitab Zabur 1



Berbahagialah orang yang tidak melangkah menurut orang yang mungkar,
Dan tidak berdiri di jalan orang yang berdosa,
Dan tidak duduk di tempat orang yang mencemuh,
Tetapi berbahagia dengan hukum Allah,
Dan merenungkan hukum itu siang malam.
Akan jadilah ia seperti pohon yang ditanam di tepi sungai,
Yang akan berbuah pada musimnya,
Dan tidak akan layu daunnya;
Maka berjayalah segala yang diusahakannya.


Orang yang mungkar tidaklah begitu,
Tetapi seperti sekam yang dilayangkan angin.
Oleh itu orang mungkar tidak akan tahan menghadapi penghakiman,
Dan orang berdosa tidak akan berdiri dalam perhimpunan orang yang benar,
Kerana Allah mengetahui jalan orang yang benar,
Tetapi jalan orang yang mungkar binasa akhirnya.




Orang yang benar akan hidup selama-lamanya dan orang yang mungkar akan binasa selama-lamanya.



Amalkan kebaikan jauhi kemungkaran.

5.10.09

Ketamakan Yang Memusnahkan

Sedapnya makanan, sedap mata memandang sesedap mulut merasa.





Minuman beralkohol baik untuk jantung jika penggunaan dihadkan kepada 30ml sehari. Berlebihan memang sangat memudaratkan. Alkohol berlebihan boleh mengakibatkan semua keburukan dan kejahatan.



* gambar2 hiasan sahaja.



80% kegemukan, kencing manis, darah tinggi dan sakit  jantung berpunca daripada makanan. Jadi, makan secara seimbang kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

3.10.09

7 sebab Kolestrol anda tinggi

#1 - Makanan Berlemak:



#2 - Terlebih Berat



#3 - Tidur saja.



#4 - Umur & Jantina





#5 - Keadaan Kesihatan



#6 - Warisan



#7 - Merokok

Kolestrol memang baik tetapi gaya hidup menyebabkan ia tidak baik. Ubahlah gaya hidup jika ingin sihat dan hidup dengan lebih tenang dan selesa.