gambar ihsan sonybmg
Bagus juga konsert Beyonce di Malaysia pada 25 Oktober dibatalkan. Bagaimanapun, agak terkilan kerana alasan yang diberikan sekadar atas permintaan penyanyi itu sendiri. Mungkinkah peraturan yang tidak konsisten atau sekadar cakap mulut saja yang menyebabkan penganjur enggan ambil risiko?
gambar ihsan dailycomedy.com
Atau inilah sebenarnya penyebabnya, maka peraturan bertulis yang sepatutnya dikuatkuasakan ke atas semua artis (tanpa mengira artis luar atau dalam negara) terpaksa diucapkan oleh kementerian untuk mengesahkan penguatkuasaan terutama kepada artis luar.
Bagaimana pula dengan pakaian persembahan Deja dibawah? Adakah tatacara berpakaian hanya dikuatkuasakan apabila tempat persembahan adalah di lokasi terbuka dan bukannya di khalayak tertutup?
pic from pickholes
Syukur Alhamdulillah Deja telah belajar sesuatu daripada isu hangat yang ditimbulkan oleh gambar ini.
Bagi saya, peraturan tetap peraturan, tidak membezakan sesiapa cuma pelaksana atau penguatkuasa sahaja yang membezakan keberkesanan sesuatu peraturan. Pelaksana pula bukan sekadar kakitangan di jabatan/kementerian berkaitan tetapi termasuk menteri yang bertanggungjawab.
0 ulasan:
Catat Ulasan