BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16.9.11

Berakhir Mimpi Indah

Berakhir cinta nan pilu
Merobek jiwa memecah tembok kasih sayang
Deraian airmata hanya satu luahan sendu
Kerana rindupun tidak mungkin lagi bertandang



Hari itu di sini
Hari ini juga di sini
Kita tinggalkan sisa-sisa kenangan
Menjadi memori amat mengguris kalbu
Kelmarin hanyalah satu mimpi
seperti hari ini dan hari-hari seterusnya
Aku tidak mungkin berpaut pada ombak yang terdampar di pantai
Aku juga tidak mungkin mengharap mentari sepanjang masa bersinar
Biarkan dedaun rindu berguguran
Biarkan kelopak cinta kuncup selamanya
Hari ini aku bungkus segala cintaku
Lantas kulempar ke dasar lautan
Semoga ia reput bersama masa
Dan aku tidak akan ketemuinya lagi
Aku cuma berharap
Satu hari, suatu ketika
Aku temui lagi CINTA yang membahagiakan semua..