BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

14.10.10

Hari-Hari BersamaMu

Jika kelmarin kita masih bertanya..
bisakah kita melakukannya?
Hari ini..
tiada lagi pertanyaan itu kerana segalanya tidak perlu dikesahkan..
Kita telah berjanji untuk menyusur bersama perjalanan cinta kita 
sejauh mana ia akan sampai ke penghujung..
jika penghujung itu ada...
Sepanjang perjalanan itulah kita meluahkan rasa dalam hati dan jiwa kita...
sepanjang susur itulah kita melihat cinta kita 
dari mata hati yang menyayangi..
kadang-kadang kita melihat pelangi, 
sesekali kita tersilau panahan mentari, 
mungkin juga kita melihat kerdipan bintang kejora
dan merasakan kedinginan malam tanpa bulan...
kita kenal siapa kita di sepanjang perjalanan ini..
jika kita tersandung dek keasyikan cinta
aku berharap kita tidak jatuh ke gaung
kalaupun kita jatuh..
kita masih bisa berpaut pada akar-akar cinta kita di tepian
masih bisa tersangkut di aur
atau sekurang-kurangnya tersadai di tebing..
Kalaupun kita hanyut ke laut
kita masih bisa terapung
atau tersadai di pulau
seronok juga kan...
sebab di manapun kita berada..kita tetap bersama.

5.10.10

Bisikan Jiwa Lara

Setiap pagi aku menantikan sinar suria cintamu
melimpahkan cahaya kasih ke jiwaku
Setiap pagi itu juga aku mendengar bisikan kasih
membelai cintaku tanpa jemu

Setiap detik menjadi satu musim yang sentiasa berbunga
kerana kehadiranmu
setiap saat menjadi rerama yang riang berkejaran
kerana aku ada kamu

Dunia kita sangat indah
meski terbatas waktu
meski tak tergapai realiti
Segalanya hanya kerana kita mencintai



Dalam hujan petirpun 
kita masih mampu bergurau senda
kerana kita tahu setajam manapun panahan petir
sekuat manapun dentuman guruh
selebat manapun siraman hujan
semuanya bak kocakan air di cawan
Segalanya kerana kita menyayangi

Kita tahu beku salju di danau cinta kita
bisa menghentikan denyut nadi kita
namun kita masih bisa bernafas 
kerana kehangatan kasih sayang kita

Apakah kita akan menjadikan semalam 
suatu kenangan terindah?
Atau sekadar satu mimpi
yang hilang bersama terbitnya mentari?

Aku memilih untuk bangun bersama setiap suria pagi
Aku memilih untuk tidur bersama gelita malam
Semuanya kerana aku tahu 
dari kejauhan ini
ada cinta dihatimu
yang sentiasa menitipkan rindumu
membelai sendu jiwaku nan lara

Izinkan aku berada di sudut cintamu
sampai kapanpun
Biarkanlah aku merasai kepedihan kecewaku
berjalan bersama masa
sampai waktu aku serahkan cintaku

kepada Yang Maha Esa