BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23.9.09

Kembara Iman

Sesungguhnya perjalanan iman itu bermula 
dari bawah
 iaitu hidup atas Qada dan Qadar 
diikuti dengan kiamat, kitab, rasul, malaikat 
dan akhirnya bertemu Allah SWT.

22.9.09

Anugerah Ilahi

Kurniaan Tuhan yang dinikmati terbahagi kepada TIGA:-

KEPUASAN NAFSU


KEINDAHAN AMAL


KETENANGAN KEHIDUPAN

Maka

Perlulah bijaksana di dalam menerima anugerahNya.

21.9.09

Ramadan Yang Berlalu

Bulan keampunan berlalu bagai hembusan angin yang singgah di pergunungan lewat kemarau panjang.
Adakah kita kita telah benar-benar memanfaatkan bulan mulia yang sentiasa ditunggu kehadirannya?
Adakah Puasa mendidik kita beribadah dengan khusyuk demi keredhaan dan keampunan Illahi?

Ramadan Pictures, Images and Photos

Mudah-mudahan dengan ibadah Puasa itu membebaskan kita daripada kepanasan api neraka!!

20.9.09

Perjalanan Mujahadah

Berjalan kepada Allah ada EMPAT jenis:-

FIKIR PADA PERJALANAN SYARIAT
ZIKIR PADA PERJALANAN TARIQAT
SABAR PADA PERJALANAN HAKIKAT
SYUKUR PADA PERJALANAN MAKRIFAT.

19.9.09

Cinta & Pengorbanan

Hidup perlukan perjuangan
Tanpa perjuangan tiada pengorbanan
Tanpa pengorbanan tiada kecintaan
Tanpa kecintaan musnah segala kehidupan

18.9.09

Memupuk Keimanan

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan
Didik nafsu dengan berpuasa
Asah fikiran dengan fikir mati
Bentuk peribadi dengan solat
dan
Bina kalam dengan bertasbih...

11.9.09

Ku Kejar Rama-Rama

Cantik sungguh si rama-rama
Bertenggek di pundak kelopak bunga-bunga ungu
Ku ingatkan mudah disentuh
Rupanya terus terbang lagi
Aku terkejar-kejar
Ia terus terbang
Aku mencari
Mencari lagi


Namun sampai kini
Aku tidak ketemui lagi
Dimanakah engkau rama-rama?
Mengapa membiarkan aku terkejar?
Atau
Sebenarnya engkau telah lama menjadi bangkai...

9.9.09

Pilihan

Kesedihan membelengu kehidupan
Kesusahan membelit sepanjang masa
Akan berakhirkah riwayat ini dengan kesenduan yang tidak berpenghujung?
Jangan sedih!
Jangan susah!
Jangan putus asa!
Banyak pilihan yang kita ada

Cuma...
Kita yang tidak mencari
Atau
Kita yang tidak menyedari
Atau
Kita yang terlalu cerewet
Atau
Kita yang enggan memilih
Mungkin juga..
Kita tidak yakin
Kita teragak-agak
Kita buntu
Kita pesimis
Kita negatif
Kita tidak mahu menerima hakikat!



Pilihan sebenarnya terletak di tangan kita sendiri.
Kitalah yang menentukan samada kita mahu matahari atau bulan.
Kitalah yang memutuskan samada kita mahu bunga atau duri.
Kitalah yang ada upaya untuk menggerakkan kaki untuk melangkah atau tidak.
Tuhan menentukan takdir hidup dan mati
Tetapi kita menentukan usaha dan tawakkal
Jangan takut membuat pilihan kerana itulah hakikat kita diciptakan.

2.9.09

Bangunlah



Sengaja aku berpaling
setiap kali aku melintasi daerah ini
bukan aku tidak sudi
bukan juga aku benci
Aku malu
aku kian tersorok
tertinggal!
terpencil!
tidak bermakna!
Setiap kali aku singah di sini
telingaku mendengar bisikan..
sayang sekali pandai tetapi tidak belajar apa-apa,
jujur tetapi tidak dipercayai,
rajin tetapi dikuli selalu,
kaya tetapi miskin segala-galanya.
lena dalam buaian mimpi indah sementara,
kenapa tidak bukakan mata dan melihat realiti?
Bangunlah!Bangunlah!Bangunlah!
jika tidak, aku akan dipijak-pijak...

1.9.09

Jika Bukan Aku


Tidakkah kesendirian itu mengundang sepi yang panjang?
Tidakkah ketabahan itu menghimpun kebal keangkuhan?
Tidakkah keakuan itu meminggirkan naluri kasih sayang?
Jika bukan aku begitu?

Siapa lagi yang mampu?
                                                       Menggenggam bara yang membakar,
                                                                                                     Mendakap salju yang kian membatu,
                                                                                                                      
Menahan tusukan duri berbisa,
                                                Sekian lama membalut luka yag tidak ingin sembuh!!