Bulan Oktober merupakan Bulan Kanser Payudara Sedunia. Pada bulan inilah aktiviti pencegahan kanser payudara dipergiatkan agar semua yang berkemungkinan berisiko barah membuat pemeriksaan yang sewajarnya supaya tidak terlambat.
Pengesanan kanser payudara boleh dibuat di mana-mana hospital kerajaan dan swasta menerusi kaedah mammogram (menggunakan sinar X beradiasi rendah dan cukup selamat) tetapi boleh juga dibuat sendiri dengan kaedah seperti berikut:
http://familydoctor.org/online/famdocen/home/women/reproductive/breast/018.html
Kerajaan Malaysia juga memberikan subsidi mammogram di pusat-pusat kesihatan yang diiktiraf oleh LPPKN ia itu caj minima RM60 sahaja sekali pemeriksaan.
Kerajaan Malaysia juga memberikan subsidi mammogram di pusat-pusat kesihatan yang diiktiraf oleh LPPKN ia itu caj minima RM60 sahaja sekali pemeriksaan.
Sementara itu, bolehlah cuba-cuba buat pengesanan perubahan-perubahan berikut:-
1. Sebarang benjolan baru samada yang sakit atau tidak.
2. Penebalan luarbiasa kepada payudara.
3. Cecair lekit atau berdarah daripada puting.
4. Perubahan warna puting dan sekitar payudara seperti sembab.
5. Pembesaran luarbiasa kepada salah satu payudara.
Sayangi diri anda dengan menjaga kesihatan anda. Buatlah pemeriksaan awal untuk memudahkan pencegahan dan mengurangkan kos rawatan kesihatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan