Setiap pagi itu juga aku mendengar bisikan kasih
membelai cintaku tanpa jemu
Setiap detik menjadi satu musim yang sentiasa berbunga
kerana kehadiranmu
setiap saat menjadi rerama yang riang berkejaran
kerana aku ada kamu
Dunia kita sangat indah
meski terbatas waktu
meski tak tergapai realiti
Segalanya hanya kerana kita mencintai
Dalam hujan petirpun
kita masih mampu bergurau senda
kerana kita tahu setajam manapun panahan petir
sekuat manapun dentuman guruh
selebat manapun siraman hujan
semuanya bak kocakan air di cawan
Segalanya kerana kita menyayangi
Kita tahu beku salju di danau cinta kita
bisa menghentikan denyut nadi kita
namun kita masih bisa bernafas
kerana kehangatan kasih sayang kita
Apakah kita akan menjadikan semalam
suatu kenangan terindah?
Atau sekadar satu mimpi
yang hilang bersama terbitnya mentari?
Aku memilih untuk bangun bersama setiap suria pagi
Aku memilih untuk tidur bersama gelita malam
Semuanya kerana aku tahu
dari kejauhan ini
ada cinta dihatimu
yang sentiasa menitipkan rindumu
membelai sendu jiwaku nan lara
Izinkan aku berada di sudut cintamu
sampai kapanpun
Biarkanlah aku merasai kepedihan kecewaku
berjalan bersama masa
sampai waktu aku serahkan cintaku
5.10.10
Bisikan Jiwa Lara
Setiap pagi aku menantikan sinar suria cintamu
melimpahkan cahaya kasih ke jiwakukepada Yang Maha Esa
Dicatat oleh Minn di 10:15 PTG
Label: Runtunan Jiwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan