Kesedihan membelengu kehidupan
Kesusahan membelit sepanjang masa
Akan berakhirkah riwayat ini dengan kesenduan yang tidak berpenghujung?
Jangan sedih!
Jangan susah!
Jangan putus asa!
Banyak pilihan yang kita ada
Cuma...
Kita yang tidak mencari
Atau
Kita yang tidak menyedari
Atau
Kita yang terlalu cerewet
Atau
Kita yang enggan memilih
Mungkin juga..
Kita tidak yakin
Kita teragak-agak
Kita buntu
Kita pesimis
Kita negatif
Kita tidak mahu menerima hakikat!
Kitalah yang menentukan samada kita mahu matahari atau bulan.
Kitalah yang memutuskan samada kita mahu bunga atau duri.
Kitalah yang ada upaya untuk menggerakkan kaki untuk melangkah atau tidak.
Tuhan menentukan takdir hidup dan mati
Tetapi kita menentukan usaha dan tawakkal
Jangan takut membuat pilihan kerana itulah hakikat kita diciptakan.
0 ulasan:
Catat Ulasan